assalamualaikum..
dah lama bebenor rasanya aku tak update blog ni.. maklum la. masa tak mengizinkan. kali ni aku just nak update pasal percutian aku bulan lepas di Kunming, Yunnan, China.
kali ni aku just cerita simple simple ja sebab aku dah tak berapa nak ingat. almaklumlaa, sepatutnya post ni sepatutnya aku dah buat lama. tapi baru hari ni rasa macam nak menulis. :)
aku bertolak ke Kunming pagi naik Air Asia. hurm. no komen la pasal Air Asia. :(
Kunming! here i come!!!
safely arrived at new Kunming International Airport maybe around 4 pm.
so, this is our tourist guide.. catherine.
so, this is our bus that took us from one place to another in Kunming City.
and this is my room! nice! :)
view of Kunming city from our hotel.
boleh dikatakan tiap2 malam kitorang keluar pi jalan-2 sekitar hotel.. tengok2 apa yang menarik.. beli-2 makanan.. shopping-2 sikit.. :)
day 2.. ;)
kitorang bertolak pergi ke stone forest.. tengok ciptaan ALLAH SWT!
haruslaa berselfie! ;)
nampak macam sejuk gilaa kan? haha..
enjoy a simple performance at the stone forest..
my brother! alif kept asking me to take pictures of him! ;)
pastu, jalan-jalan kat taman bunga-bunga pulak..
haruslaahh aku pon ada jugak kan.. :)
day 3..
so, hari ke-3 ni kitorang start dengan pegi dekat Green Lake Park..
dekat Green Lake Park ni jugak, kita siap boleh bagi seagull makan lagi.. memang awesome la! :)
pastu, lepas habis pi main main dengan seagull, kitorang dibawa utk shopping-2 dekat sekitar kawasan Lake Park tu jugak.. :)
pastu, kitorang jalan-2 lagi menuju ke pusat bandar.. :)
aku tak tau apa nama pintu gerbang tu.. tapi yang aku tau, dekat-2 area sini banyak tempat shopping! :) macam-2 jenama ada.. daripada jenama yang kau kenal smpai la brand-2 cina.. suma hadoo!
owh! lupa nak cakap.. dekat area tempat shopping tu jugak ada orang jual sate ni.. harus try!! best sbb rasa dia memang best la!! tapi cari la orang islam yg jual..
oklaaa.. sampai setakat ni jaa aku mampu citer utk kali ni.. nanti aku habis kan lagi citer ya nanti!!..
ohh ye.. perasan tak, aku tak de post pasal makanan.. act, aku ada ambik gambar makanan tiap kali makan, tapi terdelete pulak.. so, nk cter yang bab2 makan kat sini tak payah nak risau sbb lauk-2 suma best (bergantung atas travel agency mana korang ambik).. cuma korang still kena prepare bawak megi or makanan dalam tin tu ke sbb mkan pagi korang just boleh makan telur rebus je.. tu pon 2 bji sorang je..
kalau, pasal solat kat sini mudahh ja.. sebab kat sini banyak masjid.. and kalau takda masjid pon, dorang ada sedia 1 bilik khas utk orang solat.. cuma yang tak boleh tahan, tiap kali nak pergi toilet, kena bawak wet tissue or botol kosong.. sbb toilet dorang mana ada paip air.. hahaha..
ok laa.. tu je nak cakap.. nanti aku sambung ye utk part 2!
assalamualaikum..